Friday, December 21, 2018

TIPS STUDY


Stres. (´。• ᵕ •。`) Rasa tertekan apabila tak sempat khatam satu  buku untuk peperiksaan. Jangan risau sangat. Sebabnya, nanti satu apa pun yang korang ulang kaji, tak boleh masuk dan ingat. Ramai yang kadang tu tak percaya, betul ke study ‘last minute’ ni boleh berjaya? Jadi, ini antara penyelesaian dan cara nak jadikan study ‘last minute’ tu berjaya buat korang.  (◕‿◕)



Study group (cliche sket yang ni )  ヽ( ̄~ ̄ )ノ
Ada yang suka belajar berkumpulan, ada yang suka belajar sorang-sorang. Suka atau tidak, study group dapat membantu korang kumpulkan maklumat yang mungkin tertinggal. Pada masa sama, rakan korang boleh betulkan dan fahamkan apa yang silap dan kurang faham. Tapi, awas! Study group ni kadang-kadang boleh meleret-leret. ╮( ̄ω ̄;)╭ Jadi, disiplinkan diri, fokus dan elakkan daripada membawang perkara tak berfaedah.Tapi kalau korang tak suka sangat study group,korang habiskan dulu apa yang korang nak belajar,sorang-sorang dan hanya tinggal part yang tak faham je untuk bincang atau tanya dalam group.Like me. ┐('~`;)┌



Jangan belajar atas katil kalau lemah!  (¬‿¬ )
Tiba...maksud aku kalau jenis yang suka terlelap dan asyik-asyik nak tidur je ni sebaiknya study lah luar bilik .Kalau rasa nak duduk kat meja janganlah terpengaruh dengan katil tu.Belajar di luar bilik.Kalau kat matrikulasi dulu aku suka belajar kat tangga depan bilik.Sebab apa?  (¬‿¬ )Sebab tannga tu tak selembut katil dan aku akan berusaha cepat-cepat untuk habiskan bab yang nak baca dan fahamkan sebab nak cepat masuk tidur.Hehe,jadi korang takkan rasa ngantuk sebab fokus nak habiskan chapter. (・_・)ノ




Tidur awal Bangun awal ~ヾ(・ω・)
Bangunlah awal dalam 4.30 pagi sebab waktu macam ni senang je nak benda yang nak fahamkan tu masuk otak korang.Lagi-lagi kalau subjek yang banyak menghafal fakta-fakta dan sebagainya.Belajar lah sampai pagi dan jangan tidur lepas subuh.Sebab kalau tidur lepas subuh,korang akan rasa badan tu macam penat je dan akhirnya korang tidur waktu siang.Tidur awal sebelum pukul 12.Tidur mesti cukup! (^0^)ノ



Berangan. ( ̄▽ ̄)/
Hahaha ni jikalau masa belajar tu,dah rasa bosan sangat-sangat.Sampai dah kunyah macam-macam makanan pun,rasa tak minat nak sambung belajar.Jadi korang bermainlah dengan imaginasi korang hehe.Berangan atau berkhayal sekejap je tau.Bayangkan je la apa-apa pun. Tengah menari-nari di padang rumput dengan hero hindustan or korea ke, haha. Yang penting jangan berangan tengah tido dalam bilik. Confirm mengantuk akan lagi bertambah.  (^0^)ノ





Nap ( ̄o ̄) zzZZzzZZ
Waktu tengah hari dalam 12-1 pm tu amiklah masa untuk TIDUR SEKEJAP.Sebab nak bagi badan tu tak rasa penat,insyaa Allah sampai malam.Kalau nak nap waktu lain tu,pandai-pandailah set alarm dan pastikan bangun balik untuk sambung kerja yang tak siap tu. ( ̄ρ ̄)..zzZZ



Putuskan hubungan sekejap.( ° ∀ ° )ノ゙
opps..jangan salah faham.Tak suruh korang putus kawan, putus saudara ye. Bukan putuskan tali silaturahim yang dah lama terjalin tu. Ini nak suruh korang renggangkan hubungan sekejap (sekejaaaaappp je) dengan ‘BFF’ korang tu iaitu, Facebook, Instagram, Twitter, WeChat, komputer, tv, games dan seangkatan dengannya… (´• ω •`)ノ yang boleh mengganggu gugat ketenteraman korang masa ulang kaji. Kalau korang rasa teringin sangat nak layan IG, boleh lah layan masa rehat 15 minit. Tapi, lepas tu kena disiplin, tak boleh tengok dah.Tau susah nak elak benda tu hahahah. (⌒ω⌒)ノ



Minum air mineral banyak-banyak. ~ヾ(・ω・)
Kajian pakar ada mengatakan, kita memerlukan air kosong paling kurang pun 1 botol air mineral bersaiz besar untuk sehari. Kalau korang minum kurang dari tu, korang akan cepat mengantuk, mudah letih dan paling bahaya kemungkinan korang akan mendapat penyakit. So, minum la air mineral banyak-banyak ye. Tapi korang elakkan dari minum air berkarbonat/ air bergas. Nak minum boleh je tapi jangan selalu amalkan. (^0^)ノ


Selamat maju jaya dalam exam korang. (◕‿◕)♡

Jawab elok-elok masa exam 

(´。• ω •。`)




No comments:

Post a Comment

Read my story here ^^

BETUL KE VITERA BERKESAN?

Bermula sebagai Reseller Before Ira start sharing, Ira nak cakap yang Company Vitera ni sumpah telus!   Sebelum Ira join bisnes bersama Vite...