Wednesday, December 19, 2018

CARA MENGHASILKAN RESUME UNTUK FRESH GRADUATE

Kebanyakan fresh grad masih belum tahu tentang format sebenar untuk buat resume. Tidak boleh terlalu panjang dan terlalu pendek. Kena just nice je sebenarnya.Jika anda belum pernah buat resume, seeloknya tanya dulu tentang pendapat rakan-rakan atau keluarga yang pernah buat supaya anda tidak melakukan kesalahan pertama ketika ingin memohon kerja. (⌒‿⌒)

Jadi saya nak berkongsi sedikit tentang cara-cara yang diajar oleh Kaunselor Kelas Citra semasa di UKM. ノ◕ヮ◕)ノ*:・゚✧

First untuk maklumat Email,Contact Number,Adress dan website tu,kalau boleh cari yang ada ikon.Macam dalam contoh. ヽ(*・ω・)ノ



1. Template Resume  (◕‿◕)
Carilah mana-mana template Resume di Internet.Save dalam lappy.Atau pun cuma cari template online di Microsoft Word sahaja.Nak pilih resume tu kene ikut lah pekerjaan yang kita nak mohon.Contoh kalau Akauntan cari template Resume yang bercorak profesional.Kalau pekerjaan tu berkaitan dengan design apa-apa ke,cari template Resume yang bercorak kreatif.  ٩(。•́‿•̀。)۶
Sebaiknya kat resume tu ade 2-3 jenis warna je.Supaya dapat tarik perhatian panel temuduga nanti.


2. Gambar profile. (◕‿◕)
Gambar tu mesti lah diletakkah di sebelah kiri atas okay.Dan kalau boleh gambar tu kene nampak profesioanl.Jadi amiklah gambar korang pakai blazzer ke apa.Nama letak kat bahagian atas sekali. ヽ(*・ω・)ノ



3.Objektif.  (◕‿◕)
Objektif ni satu,kenapa kita pilih sesuatu jawatan tu.Kedua boleh letak objektif kita yang selaras dengan objektif syarikat. ヽ(*・ω・)ノ
Contoh objektif syarikat 'Mempromosikan dan memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang dijalankan oleh syarikat kepada orang awam dengan lebih agresif.'. Jadi objektif yang kita nak tulis dalam resume tu ' Memastikan produk syarikat mendapat perhatian di dalam kumpulan yang disasarkan oleh syarikat dengan berkesan'. ヽ(*・ω・)ノ



4. Latar belakang pendidikan. (Education) (◕‿◕)
Mesti tulis yang paling baru tau.Jadi kalau untuk fresh graduate.Yang pertama tulis universiti.Bawah dia tulis tahun dari bila ke bila.Bawah dia lagi tulis Jurusan yang diambil. ٩(◕‿◕)۶


5. Pengalaman bekerja (Experience) (◕‿◕)
Masukkan pengalaman bekerja.Yang ni pilihan je kalau nak letak.Kalau ada.Selalunya fresh graduate dah ade internship.Jadi letak bende tu okay.Format dia macam latar belakang pendidikan.Tulis Nama Syarikat,Jawatan,Tanggungjawab,Pencapaian ikut turutan ke bawah okay. (´・ᴗ・ ` )

6. Penglibatan (Involvement) (◕‿◕)
Selalunya fresh grad tiada pengalaman bekerja.Jadi korang kene aktif dalam program-program semasa di universiti.Masukkan semua penglibatan dalam bahagian involvement.Format dia Nama program,Peringkat apa,Dimana program tu dijalankan (Nama tempat contoh Kolej Matrikulasi negeri sembilan,Universiti Kebangsaan Malaysia),dan tahun.Dan kalau ade pegang apa-apa jawatan dalam program tu,kene tulis jawaran apa selepas Nama Program. (´・ᴗ・ ` )




7. Kemahiran (Skills) (◕‿◕)
Kemahiran ni tulis kemahiran yang dapat menyumbang kepada syarikat.
Language diwajibkan letak.Lepastu spesifikkan tahap language tu sama ada Basic,Intermidiate,Advance. Kalau letak kemahiran dalam microsoft word pun sama.Kene letak tahap setiap satu microsft program tu. (´・ᴗ・ ` )

Ter typo lak 

8.Rujukan (References) (◕‿◕)
Rujukan ni kalau boleh letak orang yang boleh dihubungi dan boleh memberi 'feed back' yang baik tentang diri kita.Sebab lepas interview majikan akan hubungi orang yang dalam reference tu untuk tanya dan tahu tentang sikap kita dan sebagainya.Dan orang tu jangan letak adik beradik,kakak abang,mak atau ayah okay.Format dia Nama Penuh,Jawatan,Tempat Bekerja,No telefon (sebaik-baiknya jangan letak nombor telefon peribadi orang tu tapi letaklah nombor pejabat orang tu,kalau ada),Alamat email. (´・ᴗ・ ` )


Pastikan resume maksimum 2 muka surat sahaja. (๑˃ᴗ˂)ﻭ




Rasanya itu je kot dah cukup untuk fresh graduate.Gambar yang saya tunjuk tu ade yang tak de macam experience dan internship sebab masa saya mock interview tu,saya baru first year masuk UKM. Hehe \(^ヮ^)/

Ni nak tambah contoh cover letter sekali.



5 comments:

Read my story here ^^

BETUL KE VITERA BERKESAN?

Bermula sebagai Reseller Before Ira start sharing, Ira nak cakap yang Company Vitera ni sumpah telus!   Sebelum Ira join bisnes bersama Vite...