Assalamualaikum ᕦ(ò_óˇ)ᕤ
Entri ini
merupakan entri pertama yang aku buat dalam blog.Jadi kiranya aku baru sahaja
mula nak belajar ber'blogging' ni.Alhamdulillah topik yang aku nak cerita ni
adalah tentang serba sedikit pengalaman,apa yang aku dapat dan susah payah nak
masuk Universiti Kebangsaan Malaysia.Memang macam- macam benda yang kene buat
sebelum hari pendaftaran pada 2 September 2018 tapi settle jugak akhirnya yay
yay yay ヾ(^-^)ノ
Agak-agak
semua orang mesti akan dapat simptom yang sama menjelang result UPU.Hadirnya, blog
post ini diharapkan dapat membuktikan yang selama ini kita semua manusia yang
berperasaan. Dan, kadang-kadang perasaan kita seolah-olah sama dan boleh
difahami! Cewah hahahah
- ヾ(^-^)ノ
❁Dapat
belajar asas membuat video
Antara
tugasan paling awal diwar-warkan adalah tentang video dengan tujuan memenuhi
aspirasi UKM.Mula-mula dua video je,lepas tu tiba-tiba jadi tiga pulak :') Masa
tu macam-macam fikir,nak minta tolong siapa ni sebab tak pernah dan tak pandai
pun nak edit-edit video ni.Menangislah nak buat video punya pasal,sebab
selalunya kalau ada tugasan apa-apa kawan yang buat part buat video ni.Akhirnya
tanya kawan-kawan aplikasi apa yang bagus dan mudah digunakan untuk buat
video.Aku pun muat turun aplikasi yang dipanggil 'VideoShow',memang
terbaik!Lepas tu,aku pun mula tulis skrip untuk video pengenalan diri
hahaha.Tak pandai nak spontan-spontan ni.Rakam video pengenalan je dah sampai
64 video yang asyik tak menjadi-jadi! (๑_๑)
Aku pun masukkan lah music background anime yang aku suka hehe.Tengok!Dah pandai sikit dah nak buat video walaupun guna aplikasi google play sahaja.Ha...ada jugak kan kebaikan diberi tugasan ni.Sejak ni lah aku suka buat video lagi-lagi tentang kucing aku. ≡^∇^≡
Aku pun masukkan lah music background anime yang aku suka hehe.Tengok!Dah pandai sikit dah nak buat video walaupun guna aplikasi google play sahaja.Ha...ada jugak kan kebaikan diberi tugasan ni.Sejak ni lah aku suka buat video lagi-lagi tentang kucing aku.
Hari pertama dah dapat kad matrik yezza!o((*^▽^*))o |
❁Belajar
berdikari
Selain
tu,banyak lah jugak dokumen-dokumen yang perlu disediakan.Selalunya Pak cik aku
yang tolong uruskan hal-hal macam ni.Tapi dia dah duduk jauh,terpaksalah aku
belajar buat sendiri.Huhu.Dalam group telegram kalau sehari tak 1000++ mesej
memang tak sah. -_- Kalau dah tertinggal walaupun sehari tak bukak memang kene
la menghadap beratus-ratus mesej kalau tak nak tertinggal maklumat
penting.Salah satu dokumen tu ialah borang pemeriksaan
kesihatan.HA!Sekurang-kurangnya kita boleh tahu status kesihatan kita
sendiri.Kalau tak,entah bila-bila lah nak cek.Dan mungkin kita tak tahu kalau
kita tak sihat ke apa kan kan kan?Aku maksudkan diri aku sebenarnya. ^_^'
Last 'selfie' dengan ayah sebelum balik o(〃^▽^〃)o |
Ok sekian sahaja perkongsian pada hari ni,sebab tadi pun dah sebut "serba-sedikit" sahaja.Sesungguhnya banyak lagi yang aku nak cerita ni.Hehe,moga berjumpa lagi di perkongsian yang lain.Bai bai.Assalamualikum. :)
No comments:
Post a Comment