Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Saturday, December 8, 2018

BONDING BIRO ICT

Siapa je yang tak suka jalan-jalan?(๑˃̵ ᴗ ˂̵)و  Hehe kali ni ada buat bonding dengan ahli-ahli biro ict.Sebab setiap kali perjumpaan je sendu semacamಠ‿ಥ .Jadi untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim,kami pun bercadang untuk tentukan satu hari untuk buat Bonding day 
(ಗ_ಗ;) Masa ni masing-masing baru lah nak aktif  bising-bising berbincang dalam group 'whatsapp'.Akhirnya semua setuju untuk pergi 'Blue Lagoon'. Hehe seronoknya dapat pergi pantai yay main air! Seorang bayar RM10 sahaja.Murah kan ? ヾ(^-^)ノ


Merewang

Jadi,malam sebelum hari Sabtu tu,kami pun turun lah merewang di bilik untuk basuh dan perap ayam.Sebab kami bercadang nak buat BBQ esok.  (〃^▽^〃)










Geng satu kereta
Tibalah keesokan harinya,kereta pun dah siap sewa untuk kami pergi ke sana. (。・ω・。)

Bertolak pukul 8 pagi,sepatutnya sampai pukul 11 tapi disebabkan oleh beberapa masalah teknikal ..kami semua selamat sampai pada jam 12 lebih.Hurm.Sampai-sampai je terus tukar baju hehe tak sabar dah nak main air ni. (。・ω・。)



Berkumpul di bilik sumber sebelum bertolak ke PD



Alhamdulillah nasib baik ade senior-senior yang baik hati datang nak join sekali dan siap tolong masakkan pulak tu.

(。>‿‿<。 )
Cewah  (♥_♥)






Macam-macam aktiviti kami buat.Semua best.Antaranya game Anugerah dari langit (Baling botol kat orang sebelah kiri dan kene sambut balik dari orang sebelah kanan.Tapi pakai satu tangan je.Game ni lah yang group aku kalah tu).Paling best part kene denda.Hahaha.Tapi bagi aku tak best sebab group aku yang kene denda sebab kalah dalam game.Huhuhu.



Kene denda huhu ಠ_ಠ

Game paling lama sekali ialah game bola beracun.Game ni paling best kot hehehe.Sebab dapat hentam orang. ಠ_ಠ

Kali ni group lagi satu pulak kalah bahaha tapi sume join je 



Last sekali petang tu baru dapat berendam.

  • ( ✧Д✧) YES!!Tu pun sikit-sikit je sebab pukul 6 petang dah kene balik UKM.








Okay dah boleh balik.  

Sunday, September 16, 2018

“Wherever we travel to, the wonderful people we meet become our family.”

Hi Assalamualaikum semua ヾ(^ヮ^)ノ


       Disini saya ingin berkongsi tentang program yang pertama sekali saya sertai di Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Program BBQ Night nyum nyum dan Jalan-jalan di Putrajaya yang dianjurkan oleh Dzilal Resources.Program ni dianjurkan oleh kakak-kakak senior dan beberapa alumni UKM sendiri.Saya menyertai program ini sebab saya sangatlah kebosanan di bilik  dan ramai yang pulang ke rumah
(^³^)~♪  Untung ler.. Haha tak kisah pon ¯\_(ツ゚)_/¯


         Sebenarnya ade orang yang ajak aku,kawan sekolah semasa di Matrikulasi Ain Fa'iqah.Kalau tak,tak tahu pun ada program untuk orang yang tak balik rumah ni.
(´・ω・`) Masa mula-mula tahu program tu cam ragu-ragu juga sebabnya ada kawan cakap ,"ayah aku cakap banyak syiah dah berleluasa kat banyak universiti dan ciri-cirinya adalah mereka tidak menghebahkan tentang diri mereka dan melakukan perjumpaan secara senyap-senyap."  (´・ω・`) Tapi  disebabkan ada makan BBQ percuma,aku join je lah.Hahaha rugikan kalau tak join?!! (≧∇≦)/  Program tu diadakan di luar UKM tapi dekat sahaja dan kenderaan pun dah disediakan,jadi tidak ada sebab untuk aku tak pergi huhu

(๑˃̵ ᴗ ˂̵)و


Dekat bus stop KAB dengan Ain (♥_♥)
             Sesampainya kami ke destinasi yang dituju,kami pun solat maghrib berjemaah dulu.Habis je,kami terus ke tempat BBQ( ✧Д✧) YES!! Sebelum tu kakak-kakak tu buat 'ice breaking' dulu.Seronok lah jugak ヽ(^Д^)ノ Sebab kakak-kakak tu semua 'sporting' and banyak membebel ('talkative' maksud aku 
≧﹏≦).Lagi-lagi akak Mawaddah,dia baru ambil 'Master' kat UKM.Juga merupakan akak yang paling  banyak cakap dan kelakar sangat.Banyak jugak benda yang dia kongsi tentang hadis dan kisah-kisah Nabi.'Ice Breaking' yang kami buat tu ialah berkenaan tentang 'first impression' terhadap semua orang.Jadi setiap orang dibekalkan dengan pen dan kertas.Setiap orang akan tulis apa 'first impression' mereka terhadap kita.Paling aku tak boleh nak terima sangat ade orang cakap aku GARANG ʘ言ʘ╬  huhu tapi tak ape lah.Selain tu,ditakdirkan pula untuk aku bertemu dengan senior semasa di sekolah menengah,MRSM Serting.Dua orang pulak tu.(◕∇◕✿)
Sesi tazkirah bersama Kak Mawaddah
Ada orang cakap aku garang ʘ言ʘ╬



            Lambat betul BBQ ni nak masak,dah tak sabar nak makan ni 
ԅ(¯﹃¯ԅ) Mungkin kakak-kakak tu pun faham yang kami dah lapar,jadi kami dihidangkan dengan steamboat dan spagetti terlebih dulu.Sedapnya.... ԅ(¯﹃¯ԅ) makan free memang tak ada yang tak sedap. ԅ(¯﹃¯ԅ)



(ˆ ڡ ˆ)yum!

              Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini . ᕦ(ò_óˇ)ᕤ

       


Read my story here ^^

BETUL KE VITERA BERKESAN?

Bermula sebagai Reseller Before Ira start sharing, Ira nak cakap yang Company Vitera ni sumpah telus!   Sebelum Ira join bisnes bersama Vite...