Friday, December 7, 2018

Tindakan yang perlu dilakukan sebelum,semasa dan selepas Temuduga.


Hi saya ingin berkongsi tentang tips-tips temuduga yang saya dapat dari wakil yang hadir dari  ... (⊃。•́‿•̀。)⊃━ Maybank  yang telah dijemput oleh Encik Tan,Penyelaras subjek citra yang saya ambil iaitu Alam Pekerjaan. \(^ヮ^)/

Senaraikan tindakan yang perlu dilakukan sebelum menghadiri sesi temuduga.  


1.Mengkaji latar belakang serta perniagaan syarikat yang sedang dimohon. 


 2.Melakukan kajian berkaitan fakta dan angka tentang syarikat,memahami misi serta visi syarikat dan produk atau pun perkhidmatan yang ditawarkan kepada  pelanggan.


3.Membuat jangkaan soalan yang bakal ditanya supaya lebih bersedia.
4.Menyediakan beberapa soalan yang mungkin ingin ditanya kepada panel temuduga kemudian.


5.Menyiapkan penampilan diri supaya kelihatan kemas,profesional,bersih serta menarik.Memastikan rambut disikat dengan rapi, pakaian tidak  berkedut, kasut yang bersih, tidak memakai terlalu banyak aksesori perhiasan,tidak memakai wangu-wangian yang terlalu kuat.

 Senaraikan tindakan yang perlu dilakukan semasa menghadiri sesi temuduga. 


1.Menepati masa dengan memastikan diri untuk datang lebih awal sebelum sesi temuduga bermula untuk megurangkan rasa panik dan lebih fokus.


2.Bertindak sebagai seorang yang ramah dan profesional.Bertegur sapa dengan sesiapa sahaja yang kita jumpa sepanjang proses temuduga termasuklah staf-staf syarikat tersebut.


3.Menjawab soalan dengan yakin, tersusun dan menjalinkan 'eye-contact' dengan panel temuduga.

Senaraikan tindakan yang perlu dilakukan selepas menghadiri sesi temuduga. 


1.Mengucapkan terima kasih kepada panel temuduga serta menyatakan penghargaan atas peluang berharga yang mereka berikan kepada kita.


2.Bersabar serta bertenang menanti keputusan temuduga.


Apakah kerisauan anda semasa menghadiri sesi temuduga? 


1.Sukar untuk menjawab soalan yang diberikan walaupun soalan yang mudah akibat terlalu gementar.

2.Tidak dapat menggunakan panggilan yang sesuai untuk panel temuduga kerana tidak mengetahui pangkat mereka.


3.Suara agak perlahan kerana gementar.


4.Terburu-buru mengenai pekerjaan yang ditawarkan.


No comments:

Post a Comment

Read my story here ^^

BETUL KE VITERA BERKESAN?

Bermula sebagai Reseller Before Ira start sharing, Ira nak cakap yang Company Vitera ni sumpah telus!   Sebelum Ira join bisnes bersama Vite...