Thursday, December 20, 2018

LAPORAN HARI PERARAKAN UKM




                                                        LMCR 1302
ASAS PEMIKIRAN LATERAL

LAPORAN PERTANDINGAN PANTUN
SEMSESTER 1 2018/19

DISEDIAKAN OLEH
NUR SYAHIERA BINTI GHAZALI
(A167889)

NAMA PENSYARAH
ENCIK MOHD FAIRUS BIN SHAFIE








1.0         Pemikiran Lateral

1.1 Maksud Pemikiran Lateral
  Pemikiran lateral ialah satu proses yang dialami dan sesuatu jenis kebolehan atau kemahiran. Pemikiran ini merupakan proses menyusun, mempergunakan maklumat dan pengetahuan menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ianya membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu.
Secara ringkasnya, Pemikiran Lateral ialah satu cara penyelesaian masalah yang menggunakan daya imaginasi dan bukan secara logik atau tradisional. Pemikiran ini bukan bertujuan menyingkirkan corak pemikiran yang sedia ada tetapi ianya adalah untuk mencari jalan terpantas dan lebih berkesan untuk menyelesaikan masalah yang menepati kriteria yang dikehendaki.

2.0         Teknik-teknik Pemikiran Lateral

2.1 Perkaitan Bebas
Teknik ini biasanya berlaku di dalam proses sumbangsaran.Iaitu meluahkan apa sahaja yang terlintas dalam pemikirannya tanpa menapis susunan logik perbualannya. Asas kepada teknik ini adalah kefahaman bahawa dalam diri individu memang tersemat pendaman sebagai satu faktor mekanisma bela diri. Tujuan perkaitan bebas adalah bagi melepaskan ke tahap sedar pendaman yang lama sehingga dapat diluahkan.

2.2  Reversal
Teknik ini digunakan untuk menilai sesuatu keadaan yang biasa secara terbalik.Penyusunan maklumatn akan menggalakkan seseorang melihat cara-cara yang berbeza untuk menilai sesuatu situasi.

2.3 Objek Fokal
Teknik objek fokal juga digunakan dalam penyelesaian sesuatu masalah. Kaedah ini membolehkan seseorang memilih sesuatu objek secara rawak dan mengaitkan objek tersebut dengan masalah yang dikaji. Penggunaan strategi pemusatan bahan membolehkan seseorang memahami sesuatu dengan lebih bermakna apabila dapat mengaitkan bahan yang disediakan untuk menyelesaikan sesuatu perkara.

2.4 Cabaran
Teknik seterusnya ialah menggunakan kaedah cabaran. Dalam membuat penyelesaian masalah, boleh mencabar cara-cara atau sesuatu perkara yang dilakukan menggunakan cara atau keadaan sedia ada. Ianya bermaksud pemikiran seseorang tidak terhad kepada pemikiran yang sedia ada tetapi berfikir  secara luar kotak. Mereka perlu berfikiran terbuka dan berfikir secara positif dalam menyelesaikan sesuatu masalah.


2.5 Menganalisa Masalah
Proses pemikiran yang dilakukan adalah dengan cara memecahkan masalah kepada bahagian yang lebih kecil. Dalam penyelesaian sesuatu masalah, seseorang dapat menyusun semula situasi masalah menggunakan cara penyelesaian masalah yang baru dan berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain.

3.0         Mengendalikan program di UKM.

3.1 Program yang ingin dilaksanakan di UKM
Jika saya diberi peluang untuk menjalankan program di UKM, saya ingin mengendalikan program Selangkah Ke Menara Gading. Program ini akan melibatkan para pelajar dari sekolah Menengah dari sekolah yang telah dipilih.Hal ini kerana program ini bertujuan bagi memberi pendedahan kepada pelajar sekolah menengah tentang situasi dan cara pembelajaran di universiti.Hal ini akan membantu mereka supaya lebih bersedia untuk menghadapi kehidupann di Universiti kelak serta menambah minat mereka untuk menyambung pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi.Oleh itu,program ini amatlah sesuai dijalankan di sekitar kawasan universiti.
               Semasa program ini dijalankan,mereka akan turut mengikuti kuliah serta program yang dijalankan di UKM semasa itu.Mereka juga akan dibawa untuk melawati kawasan-kawasan d sekitar UKM. Antara tempat yang dapat dilawati ialah muzium UKM bagi memberi pengetahuan tentang penubuhan UKM, dewan kuliah fakulti, perpustakaan, makmal-makmal yang terdapat di UKM serta fasiliti yang lain.
               Dengan mengadakan program sebegini, kita dapat memberi input tentang suasana di universiti dan pendedahan atau membuka mata tentang pemilihan khusus yang terdapat di universiti.Kesimpulannya,program ini pasti akan memberi impak terhadap peserta program serta pengendali program.Dimana,pengendali program iaitu saya akan dapat meningkatkan lagi kemahiran insaniah serta menambah pengalaman dalam mengendalikan sesuatu program yang melibatkan bilangan peserta yang agak ramai.


4.0         Perbarisan Hari Malaysia
Hari Malaysia telah dimeriahkan dengan pelbagai persembahan daripada semua kolej dengan bertemakan Tarian Tradisional.Acara perbarisan telah mendapat sambutan yang menakjubkan serta sokongan daripada kolej masing-masing.Ia telah dijalankan di Stadium UKM pada tanggal 21 September 2018.

4.1 Kelebihan
Program ini dapat memupuk semangat cinta akan kolej kerana program ini adalah program pertama yang berlaku selepas mahasiswa baharu mendaftar.Masing-masing menyokong kolej mereka dengan sorakan-sorakan yang kreatif dengan amat bertenaga.Selain itu,ia dapat  memupuk semangat kerjasama antara mahasiswa kerana mereka perlu menghadiri latihan dan menyiapkan prop persembahan.Jadi ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain lebih-lebih lagi mereka baru sahaja di tahun 1.Selain itu,ia dapat memupuk semangat patriotisma dalam kalangan mahasiswa kerana penyertaan dari setiap kolej melibatkan dari pelbagai latar bangsa seperti Cina,India,Melayu serta Kadazan dari Sabah dan Sarawak.Program ini juga dapat meningkatkan semangat patriotik kerana latar belakang muzik dihiasi dengan latar belakang lagu-lagu yang bertemakan patriotism. Seseorang itu akan menghayati hari tersebut dengan lebih bermakna melalui penglibatan dan penyertaannya dalam sambutan hari ulang tahun atau menyaksikan majlis sambutan tersebut secara langsung.

4.2 Kekurangan
Seperti yang kita lihat,ketika itu semua mahasiswa dan mahasiswi UKM turun untuk menyokong dan menyaksikan persembahan dari semua kolej.Terdapat ramai yang berdiri untuk menyaksikan persembahan dan ianya sangat sesak.Akibat kekurangan tempat duduk semasa program berlangsung kerana ramai mahasiswa ingin melihat program yang pertama sekali dianjurkan pada setiap tahun.Selain itu,kekurangan penyediaan tong sampah di sekitar tempat program kerana terdapat banyak sisa-sisa plastik makanan serta botol-botol minuman yang ditinggalkan di sekitar kawasan tempat duduk dan berhampiran dengan padang sejurus sahaja program habis berlangsung ketika semua orang keluar dari stadium tersebut.

5.0         Lampiran









No comments:

Post a Comment

Read my story here ^^

BETUL KE VITERA BERKESAN?

Bermula sebagai Reseller Before Ira start sharing, Ira nak cakap yang Company Vitera ni sumpah telus!   Sebelum Ira join bisnes bersama Vite...