Di sini saya ingin berkongsi serba sebanyak pengalaman semasa menyertai kem induksi yang dianjurkan oleh Majlis Eksekutif Pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia.Kem tersebut diadakan di Hutan Penyelidikan Alam,UKM.Semua orang pasti akan ada kenangan serta pengalaman pahit manis semasa menyertai sesuatu program ☺️
Kem induksi tu dijalankan selama 3 hari bertarikh 28-30 September 2018.Penat memang penat tapi banyak perkara-perkara positif dan motivasi yang dapat kita peroleh.Bukan senang nak dapat pengalaman-pengalaman yang macam ni tau.Jadi kalau berpeluang,cepat-cepatlah rebut ye (*^ワ^*)
Pada 28 September tu,semua peserta perlu berkumpul terlebih dahulu mengikut biro masing-masing pada pukul 2 petang.Tapi ada jugak beberapa orang yang lambat.Tak pasal-pasal Abang Maulana (ketua kem) marah-marah ಠ_ಠ hmm ni baru berkumpul,belum pergi kem lagi.Hahaha.
Lepas habis taklimat ringkas,kami semua pun bergerak ke lokasi kem.Cuaca agaklah panas dan kami terpaksa berjalan kaki.Penat sangat-sangat sebab banyak mendaki sekali dengan cuaca yang terik gila. (」゚ロ゚)」NOOOooooo━ Nasib baik la barang dalam beg tak banyak jadi tak adalah berat hm.Tapi tetap terasa bebanan kat belakang tu.Perghh sakit bahu!Boleh tahan jauh jugak lah jarak perjalanan antara kolej ke tapak kem.Tapi alhamdulillah,semua orang selamat sampai ke destinasi yang dituju. (・ω・)
Muka happy (✿◕‿◕) (sebelum) |
|
Setelah lebih sejam berjalan non-stop,kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Saya ditempatkan dalam kumpulan 6.Aktiviti pertama kami ialah kami diarahkan untuk mencipta logo kumpulan serta mencipta nama kumpulan.Setelah berbincang,kitorang setuju nak letak nama Warrior of 6. ☺ yayy.Kita orang juga diberi barang amanah iaitu lilin,biskut dan telur.Kene jaga elok elok 3 hari. ¯\_(ツ)_/¯
6 Warrior!! |
DOWN !! |
Malam tu,kami diberitahu bahawa kami akan buat night walk ☻ Wahhh memang excited mula-mula tu.Jadi ketua kumpulan pun pergilah cabut nombor giliran..kita orang dapat no.10 ☹iaitu NOMBOR PALING LAST!!OMG (ノಥ,_」ಥ)ノ彡┻━┻ masa tu pun tak tahu dah pukul berapa sebab jam dengan phone tak ada.Jadi kami pun redah je la masuk hutan tengah-tengah malam tu. :'0 nasib baik ada panduan jadi tak adalah sesat.
Balik balik je ramai yang dah tidur.Dan ramai sangat sangat kat shower.Lama jugak lah nak tunggu.Pasal tidur memang sejuk gila yang amat, selimut dengan sweater pun tak cukup untuk tahan sejuk jadi lagi tu tak nak mandi, basuh muka gosok gigi je mampu hahaha ^-^
Hari seterusnya kita orang buat aktiviti yang dinamakan 'pembina dan pemusnah'.Setiap orang akan buat cabutan untuk jadi pembina dan juga pemusnah.Jadi.kita orang akan tengok peta yang disediakan belakang tabir seorang demi sorang.Dan akan lukis peta dalam kertas mahjong.Yang jadi pemusnah akan memusnahkan peta tersebut.Ahli kumpulan kene pandai-pandai kenalpasti siapa pemusnah :dan akan dikeluarkan dari kumpulan.Aku dapat pembina ☺ tapi mungkin aku tersalah tengok peta tu dan terbagi arahan yang salah.Jadi salah sorang dari ahli kumpulan aku syak aku ni geng pemusnah dan di kickout hahaha sedih ☹
Ramai juga pemusnah dari kumpulan lain hahaha, ada sorang fessi tu.orang panggil dia Cekgu.memang phyco gila sebab tu ramai yang kene kick tu ಥ‿ಥ .Last sekali semua pemusnah dan pembina diasingkan.Last2 rupa-rupanya, semua orang adalah pembina.Game ni cuma nak test kepercayaan antara ahli kumpulan sahaja.Jadi masing-masing pun meminta maaf.Makan tengah hari pun sardin lagi :'D setiap kali makan tengah hari dan malam memang lauk sardin. Lepastu, kami buat aktiviti explorace ☺semua check point best2.Tapi yang tak best nya baju seluar semua penuh dengan lumpur perghh.Tapi best ☻ hahaha.
Petang tu pula,hurmm game yang lebih kurang sama malam petang semalam.Semua orang kene alihkan baldi yang berisi air kedalam besen besar sampai penuh menggunakan tali rafia.Syarat nya semua mesti memegang tali tersebut.Macam biasalah manusia sering buat kesalahan hahaha jadi asyik kene " DOWN DOWN DOWN" je.Sampai penat. ‧º·(˚ ˃̣̣̥⌓˂̣̣̥ )‧º·˚
Hari ni makan malam kene masak sendiri.Iaitu masakan rimba.Bahan-bahan masakan pulak kita orang kene beli sendiri menggunakan point2 yang dikumpul.Point group aku dah la sikit je.Jumlah terkumpul RM10.70.Tapi nasib baik ada kumpulan yang senasib dengan kita orang, jadi kami berkongsi duit ^-^' Lauk yang group ahli group aku mampu beli ialah......... SARDIN (TヘT)..... Masa tengah masak tu, macam-macam aroma ada hahha sebab ada kumpulan yang dapat beli ayam.Kami redha je hahaha.Masa nak makan malam, tiba-tiba abang fessi suruh tukar makanan dengan kumpulan lain.Jadi kami tak makan sardin yayyy. :D Disebabkan lapar, habis jugak semua. (*☉౪ ⊙。)ノ
Masak-masak (♥_♥) |
Aktiviti malam tu agak mencabar jugak lah (bagi aku tak sangat pun ).Tiba-tiba masing-masing kene berkumpul dekat depan dewan.Lepas tu,abang-abang dan juga akak-akak tu bawa kita orang masuk dalam hutan....sekali lagi.Sampai je satu tempat dalam hutan tu,kami semua kene tunggu kejap menikmati bunyi-bunyi dalam hutan ;o Sampailah abang Maulana bagitahu yang sebenarnya kami kene berjalan seorang demi seorang dalam hutan tu balik ke tapak perkhemahan.Aku dah start cuak sebenarnya,aku ni dah la agak penakut :'O mula-mula ada sorang volunteer untuk mula jalan dulu.Lepastu,kami semua tak berani tapi nasib baik kami diberi kelonggaran untuk jalan dua orang.Fuh lega (❁´◡`❁) Nasib baik jalan lurus je sebenarnya.Alhamdulillah aku dan yang lain-lain selamat sampai ke dewan tadi.Yay malam ni dapat tidur awal. ヾ(^-^)ノ
Maka tibalah keesokan harinya iaitu hari terakhir kami di sini.Habis sahaja aktiviti-aktiviti,handphone kami dipulangkan semula ☻.Seronok gila dapat handphone ヾ(^-^)ノ
balik apalagi masing-masing minta nombor telefon sebab,ye lah kita orang kan dah rapat masa kem ni hehe.☺ Akhir sekali kami diminta untuk mengemas tempat tidur dan tempat solat yang kami gunakan sepanjang kem tersebut dan banyak lah sesi-sesi bergambar beramai-ramai ikut biro lah,ex sekolah menengah lah,ex matrikulasi lah haha macam-macam .Jadi petang tu kami pun balik ke kolej masing-masing........berjalan kaki sekali lagi.Penat memang penat,seronok pun seronok jugak.ヾ(^-^)ノ
Sekian lah cerita pengalaman kem yang merupakan antara kem paling perit sekali pernah aku rasa. ヽ(^Д^)ノ
No comments:
Post a Comment