Thursday, October 25, 2018

Azali Hainan's Chicken Rice!

“First we eat, then we do everything else.” -M.F.K. Fisher

Bila perut dah mula lapar      ∵⃝ kebiasaanya bila kita sampai ke sesuatu tempat yang jarang kita pergi kita pun akan bertanya "Mana tempat makan best kat sini?".Jadi kepada sesiapa yang datang atau singgah atau lalu di Bandar Pekan Pahang,boleh lah singgah untuk berhenti makan di Anjung Warisan(*^-^*)Sebenarnya aku nak cerita tentang sebuah kedai makan ni iaitu Kedai Nasi Ayam Hainan!Terbaik! ヾ(^ヮ^)ノAku dah rasa banyak kali Nasi Ayam Hainan dekat Anjung Warisan ni.Sebabnya aku pernah bekerja dengan owner Nasi Ayam Hainan tu.Sekali makan memang tak cukup,mesti nak tambah lagi punya!  \(^0^)ノ



Nasi Ayam Hainan Azali ✿

        Mula-mula tu,'first impression' aku,nasi ayam hainan nampak simple je ( ་ ⍸ ་ )
Nampak macam Nasi ayam biasa,rupanya apa yang berbeza ialah ayam (♥_♥) Tak tahulah macam mana owner tu buat,tapi sedap sangat sangat sangat!Ayam ada dua jenis iaitu 'Roasted' dan 'Steam'. (♥_♥)
Serius isi lembut  ( ͡~ ͜ 𐭃 ͡~)


Ayam Steam (♥_♥)

        Isi ayam dia Ya Allah lembut sangat! (ˆ ڡ ˆ)yum! Kuah cili pun tak macam kuah cili nasi ayam yang biasa kita makan.Memang sedap!        (ˆ ڡ ˆ)
Kuah Kicap pun rasa lain sangat dengan bau yang sangat harum sungguh menyelerakan! ԅ(¯﹃¯ԅ)


Nampak je simple kan tapi  ԅ(¯﹃¯ԅ)

         Berdasarkan pemerhatian aku,ayam yang dijual setiap hari dalam 10 ekor ke 13 ekor sahaja dan kebiasaanya memang habis dijual terutama hari cuti sekolah iaitu Jumaat,Sabtu dan Ahad.Dan aku perasan ada satu keluarga orang asli ni memang setiap ahad datang untuk makan nasi ayam Hainan sahaja!Sampai kene gabung 4 buah meja!  (꒪_/꒪)


Seksinya ayam tu (¯﹃¯)
Sedapnya (¯﹃¯)



         Harga pun lebih murah daripada kebiasaanya iaitu RM5.50 sahaja.Selain tu ada menu sampingan lain lagi.Contohnya,macam tauge dan mee sup champa.  (╹‿ ╹)


Merupakan salah seorang pelanggan tetap yang seringkali berkunjung ke sini =^._.^= ∫


The memories we make with our family is everything.

5 Oktober 2018  (。>‿‿<。 )
Hari ni aku bercadang untuk pergi jumpa kawan masa di Matrikulasi Negeri Sembilan dulu.Nama dia,Ain Narisha (*^წ^*) Boleh tahan rapatlah jugak sebabnya dulu kami 'classmate' Tapi tujuan sebenarnya kita orang nak pergi kenduri perkahwinan.Aku ajak Ain Fa'iqah (satu U tapi juga merupakan classmate masa di Matrikulasi dulu) pergi kenduri tu,dia 'on' je hehe.Jadi petang tu jugak kami bertolak dari kolej ke TBS.Duduk dalam bas makan masa jugak,apa lagi tidurrr lah.Memang lena tidur sebab tempat duduk bas luas dan amatlah selesa ヾ(^-^)ノ Tambah pulak dengan 'air con',sejuk-sejuk pun tido lena.
    Sampai je kat UMP (Universiti Malaysia Pahang) dah malam sangat dah masa tu pukul 11 lebih.Kita orang disambut oleh kawan aku tu,Ain Narisha.Punyalah 'excited' sampai terjerit-jerit hahaha sebab dah lama sangat tak jumpa kan.Rindunyaaaaa!!  (≧∇≦) Aku happy sangat sangat sangat masa tu.Lepas tu,Ain ajak kita orang makan malam (♥_♥) maklumlah duduk dalam bas dari 6.30 pm sampailah pukul 11 tak makan apa-apa lagi pun.Perut pun memang lapar ni.Kita orang makan dekat satu kedai Tom Yum ni.Aku pun orderlah Mi Hun Tomyam.Perghh memang sedap weh ( ✧Д✧) YES!!
kuah pekat lepastu isi pulak banyak.Harga pun ok dalam RM5 je.Lepas je kita orang makan,kami pun pergilah ke bilik Ain sebab dah janji nak bermalam kat sini.Jalan nak ke sana tak penat pun sebab jalan rata tak macam kat kolej aku jenuh nak kene mendaki bukit haha ¯\_(ツ)_/¯ Sesampainya kami di bilik Ain,kita orang pun bersiaplah nak tidur,Sebelum tu,kita orang sempat borak dengan 'roomate-roomate' Ain,ada sorang tu nama dia Sherry kot,tak ingat dah,dia memang 'sporting',cantik dan kelakar gila hahaha banyak cakap orangnya (˶′◡‵˶)Seorang lagi yang aku perasan,dia tak banyak cakap dan belajar je kat meja dia daripada kita orang sampai tadi.Jadi kami tak nak lah kacau dia 'study' dan kami terus je tidur lepas borak tu. ಠ‿ಠ


With Ain Sha  (❁´◡`❁)

       Tibalah pada keesokan harinya,kami bertolak ke Pekan,Pahang pada pukul 10 a,m sebab kita orang buat 'last minute plan' nak tengok wayang cerita PASKAL.Jadi kami singgah kat bandar Kuantan.Memang best gila weh cerita tu!! Walaupun tu cerita Melayu hahaha.Serius aku cakap puas.Boleh tahan sedih jugak part awal-awal tu dah jatuh-jatuh air mata,sedih dia tak boleh bawa bincang  weh. ˚‧º·(˚ ˃̣̣̥⌓˂̣̣̥ )‧º·˚


  •                      \\\(۶•̀ᴗ•́)۶////

Habis tengok wayang,kami pun jalan-jalan lah kat Shopping Mall Kuantan tu.Macam-macam jenama baju kasut aku nampak tapi hanya mampu pandang je lah sebab masa tu nak jimat duit.Jadi aku beli satu je baju kemeja biru.Lepas tu,kitaorang pergi makan kat satu kedai ni memang terbaik!Walaupun kedai mee je,tapi kalau kau makan memang puas hati  

(ˆ ڡ ˆ)yum! Semangkuk besar tu pun boleh habis licin.hehe.ԅ(¯﹃¯ԅ) 


Aku order Mee Kari + Kerang (ˆ ڡ ˆ)yum! 
Dah habis makan-makan.kita orang pergi sambung shopping lagi.Tak puas-puas hahaha sekali sekala kan.Dalam pukul 5.30 pm,kami pun dah start bertolak ke Pekan Pahang naik bas.Nak tunggu bas pun makan masa. Jadi dalam pukul 6 lebih baru jalan.Setelah 1 jam lebih kami pun sampai di Stesyen Bas Bandar Pekan,Pahang.Pekan ni sebenarnya kampung sebelah ayah aku.Lepas tu aku call ayah aku untuk jemput kami balik dan bermalam kat rumah mei (nenek). ヾ(^-^)ノ

     

With Ain Fa'iqah ˚ʚ(´◡`)ɞ˚˙

      Disebabkan masih awal lagi nak tidur,aku ngan Ain pun buat 'homework' makroekonomi dan assignment Citra Emosi apa entah.Rajin pulak malam-malam ni hahaha.Sebab takut tak sempat,assignment submit sebelum ahad,dan ada kelas makro hari Isnin nanti.Jadi,baikkan siapkan dalam masa yang ada ni ಠಿ_ಠಿ Tapi masalahnya kerja tak buat pun,banyak borak-borak je dengan Ain Ain.Hahaha kita orang bising je semua orang dah tidur dahヽ༼ಠ_ಠ༽ノ

        Kami kene bangun awal sebab nak kene bersiap nak ke kenduri.Ha.....dari tadi aku cakap pasal kenduri...sebenarnya kenduri ni ialah kenduri majlis perkahwinan ayah aku dan mama baru aku hehe (◠‿◠✿) Sebab tu lah aku balik kampung.Kenduri kecil-kecilan je.
Suasana kenduri kat rumah Mama
Disebabkan ayah aku tak bagi tau tema,jadi aku pakai je lah baju biru sedangkan tema majlis tu warna maroon.hmm.Lepas beberapa jam sampai rumah Mama,pengantin pun siap.Mama cantikkkkk sangat (♥_♥) maklumlah masih muda umur baru 29 tahun (。>‿‿<。 )Sampai je tengah hari kita orang pun makan.Banyak kita orang ratah ikan patin sebab tempat lain susah nak dapat.Sedap walaupun goreng je. ヾ(^-^)ノ


Lepas habis je makan,kita orang cepat-cepat pergi pantai Tanjung Agas ヾ(^-^)ノ sebab sebelum pukul 4 dah kene pergi stesyen bas kuantan pulak.Hahaha dia orang yang ajak,jadi pak cik saudara aku yang bawakkan kami ke pantai.Sampai-sampai je apa lagi,bermula lah sesi untuk menjadi kreatif haha ヾ(^-^)ノ macam-macam jenis gambar kami ambil.Memanglah seronok sampai lencun seluar main air,padahal main air kat tepi-tepi je ( ͡° ل͜ ͡°)




Pukul 4.30 pm,kami pun beransur pulang ke rumah dan packing barang-barang.Dan papa aku tolong hantarkan kita orang ke Stesyen Bas Kuantan.Sampai sana je,Ain dan kitaorang kene ikut haluan masing-masing sebab dia nak kene balik UMP. Alaa..sedeh ar... ಥ‿ಥ hahaha.Last sekali,dalam bas memang kene tido lah haha sedar-sedar je ...dah PUKUL 11 MALAM !! (ס_ס;;) Sepatutnya sampai dalam pukul 9 pm je sebab traffic jam  
                      (╯°□°)╯︵ ┻━┻ 
Nasib baik la balik tu dah tak ada apa-apa kerja yang perlu dibuat.Jadi balik terus berehat. ಗ‿ಗ








"It is one of the blessings of old friends that you can afford to be stupid with them." Hehe  ヾ(^-^)ノ



Wednesday, October 24, 2018

KEM INDUKSI KOLEJ AMINUDDIN BAKI

Hi dan Assalamualaikum ヾ(^-^)ノ
Di sini saya ingin berkongsi serba sebanyak pengalaman semasa menyertai kem induksi yang dianjurkan oleh Majlis Eksekutif Pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia.Kem tersebut diadakan di Hutan Penyelidikan Alam,UKM.Semua orang pasti akan ada kenangan serta pengalaman pahit manis semasa menyertai sesuatu program ☺️
      Kem induksi tu dijalankan selama 3 hari bertarikh 28-30 September 2018.Penat memang penat tapi banyak perkara-perkara positif dan motivasi yang dapat kita peroleh.Bukan senang nak dapat pengalaman-pengalaman yang macam ni tau.Jadi kalau berpeluang,cepat-cepatlah rebut ye (*^ワ^*)
       Pada 28 September tu,semua peserta perlu berkumpul terlebih dahulu mengikut biro masing-masing pada pukul 2 petang.Tapi ada jugak beberapa orang yang lambat.Tak pasal-pasal Abang Maulana (ketua kem) marah-marah ಠ_ಠ hmm ni baru berkumpul,belum pergi kem lagi.Hahaha.
Lepas habis taklimat ringkas,kami semua pun bergerak ke lokasi kem.Cuaca agaklah panas dan kami terpaksa berjalan kaki.Penat sangat-sangat sebab banyak mendaki sekali dengan cuaca yang terik gila. (」゚ロ゚)」NOOOooooo━ Nasib baik la barang dalam beg tak banyak jadi tak adalah berat hm.Tapi tetap terasa bebanan kat  belakang tu.Perghh sakit bahu!Boleh tahan jauh jugak lah jarak perjalanan antara kolej ke tapak kem.Tapi alhamdulillah,semua orang selamat sampai ke destinasi yang dituju. (・ω・)
Muka happy (✿◕‿◕) (sebelum)


     
  • (◕ᥧ ◕✿)

Setelah lebih sejam berjalan non-stop,kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Saya ditempatkan dalam kumpulan 6.Aktiviti pertama kami ialah kami diarahkan untuk mencipta logo kumpulan serta mencipta nama kumpulan.Setelah berbincang,kitorang setuju nak letak nama Warrior of 6. ☺ yayy.Kita orang juga diberi barang amanah iaitu lilin,biskut dan telur.Kene jaga elok elok 3 hari.  
¯\_(ツ)_/¯
6 Warrior!! 
 Waktu petangnya pulak kami kene buat aktiviti outdoor..hmm..cuaca dah la masih terik.Sebelum main game,Abang Mau dah terangkan beberapa "rules" yang dia buat sendiri.Dan tiba-tiba..abang Mau suruh hantar nombor dia kat mak ayah masing-masing...rupanya semua phone akan disimpan kat diorang ☹.Tiga hari tanpa phone huhu..Antaranya rules dia ialah 'DOWN' haha kalau dia suruh down memang kene down time tu jugak and pipi wajib sentuh tanah.Dalam game tu,semua orang perlu mengalihkan air dari dalam baldi untuk padamkan api yang membakar logo yang kitorang baru lukis tadi dengan syarat air tu mengalir.Masa tu ramai lah yang bagi macam-macam pendapat tapi asyik tak menjadi walaupun semua orang bekerjasama.Jadi kene ulang-ulang benda yang sama setiap kali.Aktiviti petang tu memang agak mencabar mental dan memang banyak kali kene "DOWN DOWN DOWN!!!!KORANG MEMANG SUKA KE KENE DOWN NIII". Abang botak marah XD.Hahaha baju memang kotor and busuk gila.Barang amanah cam biskut memang hancur berkecai. ☹ Akhirnya bila dah dapat padam api,barulah suasana macam tenang sekejap.Tapi walaupun dapat padam api tetap kene buat balik benda sama sebab asyik tak kene dengan peraturan dan syarat yang dia bagi.Sampailah waktu makan malam,kitorang kene makan dalam talam kongsi beberapa orang.Lauk...ikan sardin.Sedap la jugak kan ԅ(¯﹃¯ԅ) sebab dah lama tak makan sardin haha.Pastu tak boleh tinggal sisa sikit pun walaupun sebutir nasi.Sumbat saje la dalam perut walaupun kenyang.Lepastu macam biasalah pergi menunaikan apa yang patut. ☺


DOWN !!


       Malam tu,kami diberitahu bahawa kami akan buat night walk ☻ Wahhh memang excited mula-mula tu.Jadi ketua kumpulan pun pergilah cabut nombor giliran..kita orang dapat no.10 ☹iaitu NOMBOR PALING LAST!!OMG 
(ノಥ,_」ಥ)ノ彡┻━┻ masa tu pun tak tahu dah pukul berapa sebab jam dengan phone tak ada.Jadi kami pun redah je la masuk hutan tengah-tengah malam tu. :'0 nasib baik ada panduan jadi tak adalah sesat.

Balik balik je ramai yang dah tidur.Dan ramai sangat sangat kat shower.Lama jugak lah nak tunggu.Pasal tidur memang sejuk gila yang amat, selimut dengan sweater pun tak cukup untuk tahan sejuk  jadi lagi tu tak nak mandi, basuh muka gosok gigi je mampu hahaha  ^-^

Hari seterusnya kita orang buat aktiviti yang dinamakan 'pembina dan pemusnah'.Setiap orang akan buat cabutan untuk jadi pembina dan juga pemusnah.Jadi.kita orang akan tengok peta yang disediakan belakang tabir seorang demi sorang.Dan akan lukis peta dalam kertas mahjong.Yang jadi pemusnah akan memusnahkan peta tersebut.Ahli kumpulan kene pandai-pandai kenalpasti siapa pemusnah :dan akan dikeluarkan dari kumpulan.Aku dapat pembina ☺ tapi mungkin aku tersalah tengok peta tu dan terbagi arahan yang salah.Jadi salah sorang dari ahli kumpulan aku syak aku ni geng pemusnah dan di kickout hahaha sedih ☹

Ramai juga pemusnah dari kumpulan lain hahaha, ada sorang fessi tu.orang panggil dia Cekgu.memang phyco gila sebab tu ramai yang kene kick tu ಥ‿ಥ .Last sekali semua pemusnah dan pembina diasingkan.Last2 rupa-rupanya, semua orang adalah pembina.Game ni cuma nak test kepercayaan antara ahli kumpulan sahaja.Jadi masing-masing pun meminta maaf.Makan tengah hari pun sardin lagi :'D setiap kali makan tengah hari dan malam memang lauk sardin. Lepastu, kami buat aktiviti explorace ☺semua check point best2.Tapi yang tak best nya baju seluar semua penuh dengan lumpur perghh.Tapi best ☻ hahaha.

Petang tu pula,hurmm game yang lebih kurang sama malam petang semalam.Semua orang kene alihkan baldi yang berisi air kedalam besen besar sampai penuh menggunakan tali rafia.Syarat nya semua mesti memegang tali tersebut.Macam biasalah manusia sering buat kesalahan hahaha jadi asyik kene " DOWN DOWN DOWN" je.Sampai penat. 
‧º·(˚ ˃̣̣̥⌓˂̣̣̥ )‧º·˚

       Hari ni makan malam kene masak sendiri.Iaitu masakan rimba.Bahan-bahan masakan pulak kita orang kene beli sendiri menggunakan point2 yang dikumpul.Point group aku dah la sikit je.Jumlah terkumpul RM10.70.Tapi nasib baik ada kumpulan yang senasib dengan kita orang, jadi kami berkongsi duit ^-^' Lauk yang group ahli group aku mampu beli ialah......... SARDIN  (TヘT)..... Masa tengah masak tu, macam-macam aroma ada hahha sebab ada kumpulan yang dapat beli ayam.Kami redha je hahaha.Masa nak makan malam, tiba-tiba abang fessi suruh tukar makanan dengan kumpulan lain.Jadi kami tak makan sardin yayyy. :D Disebabkan lapar, habis jugak semua. (*☉౪ ⊙。)ノ


Masak-masak (♥_♥)

      Aktiviti malam tu agak mencabar jugak lah (bagi aku tak sangat pun ).Tiba-tiba masing-masing kene berkumpul dekat depan dewan.Lepas tu,abang-abang dan juga akak-akak tu bawa kita orang masuk dalam hutan....sekali lagi.Sampai je satu tempat dalam hutan tu,kami semua kene tunggu kejap menikmati bunyi-bunyi dalam hutan ;o Sampailah abang Maulana bagitahu yang sebenarnya kami kene berjalan seorang demi seorang dalam hutan tu balik ke tapak perkhemahan.Aku dah start cuak sebenarnya,aku ni dah la agak penakut :'O mula-mula ada sorang volunteer untuk mula jalan dulu.Lepastu,kami semua tak berani tapi nasib baik kami diberi kelonggaran untuk jalan dua orang.Fuh lega (❁´◡`❁) Nasib baik jalan lurus je sebenarnya.Alhamdulillah aku dan yang lain-lain selamat sampai ke dewan tadi.Yay malam ni dapat tidur awal. ヾ(^-^)ノ

        Maka tibalah keesokan harinya iaitu hari terakhir kami di sini.Habis sahaja aktiviti-aktiviti,handphone kami dipulangkan semula ☻.Seronok gila dapat handphone ヾ(^-^)ノ
 balik apalagi masing-masing minta nombor telefon sebab,ye lah kita orang kan dah rapat masa kem ni hehe.☺ Akhir sekali kami diminta untuk mengemas tempat tidur dan tempat solat yang kami gunakan sepanjang kem tersebut dan banyak lah sesi-sesi bergambar beramai-ramai ikut biro lah,ex sekolah menengah lah,ex matrikulasi lah haha macam-macam .Jadi petang tu kami pun balik ke kolej masing-masing........berjalan kaki sekali lagi.Penat memang penat,seronok pun seronok jugak.ヾ(^-^)ノ
        Sekian lah cerita pengalaman kem yang merupakan antara kem paling perit sekali pernah aku rasa. ヽ(^Д^)ノ

       

Friday, October 19, 2018

“I meet people and they become chapters in my stories.”



Hello ! Kali ni nak cerita pasal jalan-jalan kat Putrajaya,maklumlah,kita bukan orang KL hehe ^^' Keesokan paginya selepas aktiviti BBQ,kami dibawa untuk berjalan-jalan di Taman Botani,Putrajaya.Kali ni kene bayar pula tapi RM 3 sahaja untuk tambang minyak kereta. :D Sampai je sana,jumpa lagi kawan dari Matrikulasi Negeri Sembilan dulu.Sarapan disediakan,yay makan free lagi. ^_^
Sarapan nasi lemak dulu!


Dekat sana,kami dibahagi kepada beberapa kumpulan kecil dimana,5 orang setiap kumpulan.Bila jalan-jalan apa lagi,bergambar ber'selfie' je lah kerjanya.Haha sebab memang tu la 'task' kita orang setelah dibahagikan ikut kumpulan.




Tempat  yang paling menarik sekali adalah di Astaka Morocco.Pemandangan seakan di luar negara!!!Memang cantik dan terbaik!Banyak lagi tempat tapi tempat tu paling best.



Ukiran yang sangat menarik dan teliti!




Sugoidesu!! ^_^


         Nampak kan betapa cantik dan indahnya pemandangan kat Astaka Morocco tu. :D     Dah penat-penat berjalan,kami 'on the way' ke Masjib Putra pulak.Masjid tu memang besar dan sangat cantik!Ramai pelancong terutama dari China datang masuk masjid melawat dan ambil gambar semua.Tapi diorang kene pakai baju khas nak masuk bagi
menghormati tempat ibadah orang islam. 









Cantik sangat! ^_^ Jadi bila dah masuk tengah hari,confirm semua orang mesti lapar!Tapi kita orang makan free lagi hehe.Kebetulan pulak ada orang buat jamuan kenduri kahwin kat masjid tu.Lauk dia pergh ayam masak merah sekali dengan dumpling nyum-nyum huhu.Jimat duit aku nak beli makanan.Teringat pulak masa dekat Matrikulasi Negeri Sembilan,ada senior UKM datang sebab ada program Jelajah Matrikulasi.Diorang pesan kalau nak jimat duit kat universiti,joinlah macam-macam program,sebab kebanyakannya makanan akan disediakan atau free.Kalau kene bayar pun,mesti kurang RM5.

              Jadi sekian lah perkongsian daripada aku hari ni. Assalamualikum.  :D



Read my story here ^^

BETUL KE VITERA BERKESAN?

Bermula sebagai Reseller Before Ira start sharing, Ira nak cakap yang Company Vitera ni sumpah telus!   Sebelum Ira join bisnes bersama Vite...