Sunday, September 16, 2018

“Wherever we travel to, the wonderful people we meet become our family.”

Hi Assalamualaikum semua ヾ(^ヮ^)ノ


       Disini saya ingin berkongsi tentang program yang pertama sekali saya sertai di Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Program BBQ Night nyum nyum dan Jalan-jalan di Putrajaya yang dianjurkan oleh Dzilal Resources.Program ni dianjurkan oleh kakak-kakak senior dan beberapa alumni UKM sendiri.Saya menyertai program ini sebab saya sangatlah kebosanan di bilik  dan ramai yang pulang ke rumah
(^³^)~♪  Untung ler.. Haha tak kisah pon ¯\_(ツ゚)_/¯


         Sebenarnya ade orang yang ajak aku,kawan sekolah semasa di Matrikulasi Ain Fa'iqah.Kalau tak,tak tahu pun ada program untuk orang yang tak balik rumah ni.
(´・ω・`) Masa mula-mula tahu program tu cam ragu-ragu juga sebabnya ada kawan cakap ,"ayah aku cakap banyak syiah dah berleluasa kat banyak universiti dan ciri-cirinya adalah mereka tidak menghebahkan tentang diri mereka dan melakukan perjumpaan secara senyap-senyap."  (´・ω・`) Tapi  disebabkan ada makan BBQ percuma,aku join je lah.Hahaha rugikan kalau tak join?!! (≧∇≦)/  Program tu diadakan di luar UKM tapi dekat sahaja dan kenderaan pun dah disediakan,jadi tidak ada sebab untuk aku tak pergi huhu

(๑˃̵ ᴗ ˂̵)و


Dekat bus stop KAB dengan Ain (♥_♥)
             Sesampainya kami ke destinasi yang dituju,kami pun solat maghrib berjemaah dulu.Habis je,kami terus ke tempat BBQ( ✧Д✧) YES!! Sebelum tu kakak-kakak tu buat 'ice breaking' dulu.Seronok lah jugak ヽ(^Д^)ノ Sebab kakak-kakak tu semua 'sporting' and banyak membebel ('talkative' maksud aku 
≧﹏≦).Lagi-lagi akak Mawaddah,dia baru ambil 'Master' kat UKM.Juga merupakan akak yang paling  banyak cakap dan kelakar sangat.Banyak jugak benda yang dia kongsi tentang hadis dan kisah-kisah Nabi.'Ice Breaking' yang kami buat tu ialah berkenaan tentang 'first impression' terhadap semua orang.Jadi setiap orang dibekalkan dengan pen dan kertas.Setiap orang akan tulis apa 'first impression' mereka terhadap kita.Paling aku tak boleh nak terima sangat ade orang cakap aku GARANG ʘ言ʘ╬  huhu tapi tak ape lah.Selain tu,ditakdirkan pula untuk aku bertemu dengan senior semasa di sekolah menengah,MRSM Serting.Dua orang pulak tu.(◕∇◕✿)
Sesi tazkirah bersama Kak Mawaddah
Ada orang cakap aku garang ʘ言ʘ╬



            Lambat betul BBQ ni nak masak,dah tak sabar nak makan ni 
ԅ(¯﹃¯ԅ) Mungkin kakak-kakak tu pun faham yang kami dah lapar,jadi kami dihidangkan dengan steamboat dan spagetti terlebih dulu.Sedapnya.... ԅ(¯﹃¯ԅ) makan free memang tak ada yang tak sedap. ԅ(¯﹃¯ԅ)



(ˆ ڡ ˆ)yum!

              Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini . ᕦ(ò_óˇ)ᕤ

       


Saturday, September 15, 2018

PENGALAMAN MASUK UKM


Assalamualaikum ᕦ(ò_óˇ)ᕤ

Singgah makan di RNR,yep siap bawa bekal  (ˆ ڡ ˆ)yum!

     Entri ini merupakan entri pertama yang aku buat dalam blog.Jadi kiranya aku baru sahaja mula nak belajar ber'blogging' ni.Alhamdulillah topik yang aku nak cerita ni adalah tentang serba sedikit pengalaman,apa yang aku dapat dan susah payah nak masuk Universiti Kebangsaan Malaysia.Memang macam- macam benda yang kene buat sebelum hari pendaftaran pada 2 September 2018 tapi settle jugak akhirnya yay yay yay ヾ(^-^)ノ

      Agak-agak semua orang mesti akan dapat simptom yang sama menjelang result UPU.Hadirnya, blog post ini diharapkan dapat membuktikan yang selama ini kita semua manusia yang berperasaan. Dan, kadang-kadang perasaan kita seolah-olah sama dan boleh difahami! Cewah hahahah
  • ヾ(^-^)ノ

Tempat pendaftaran di FEP
Antara perkara yang saya dapat ....... 
Dapat belajar asas membuat video 

     Antara tugasan paling awal diwar-warkan adalah tentang video dengan tujuan memenuhi aspirasi UKM.Mula-mula dua video je,lepas tu tiba-tiba jadi tiga pulak :') Masa tu macam-macam fikir,nak minta tolong siapa ni sebab tak pernah dan tak pandai pun nak edit-edit video ni.Menangislah nak buat video punya pasal,sebab selalunya kalau ada tugasan apa-apa kawan yang buat part buat video ni.Akhirnya tanya kawan-kawan aplikasi apa yang bagus dan mudah digunakan untuk buat video.Aku pun muat turun aplikasi yang dipanggil 'VideoShow',memang terbaik!Lepas tu,aku pun mula tulis skrip untuk video pengenalan diri hahaha.Tak pandai nak spontan-spontan ni.Rakam video pengenalan je dah sampai 64 video yang asyik tak menjadi-jadi! (๑_๑)
Aku pun masukkan lah music background anime yang aku suka hehe.Tengok!Dah pandai sikit dah nak buat video walaupun guna aplikasi google play sahaja.Ha...ada jugak kan kebaikan diberi tugasan ni.Sejak ni lah aku suka buat video lagi-lagi tentang kucing aku. ≡^∇^≡


Hari pertama dah dapat kad matrik yezza!o((*^▽^*))o


Belajar berdikari

     Selain tu,banyak lah jugak dokumen-dokumen yang perlu disediakan.Selalunya Pak cik aku yang tolong uruskan hal-hal macam ni.Tapi dia dah duduk jauh,terpaksalah aku belajar buat sendiri.Huhu.Dalam group telegram kalau sehari tak 1000++ mesej memang tak sah. -_- Kalau dah tertinggal walaupun sehari tak bukak memang kene la menghadap beratus-ratus mesej kalau tak nak tertinggal maklumat penting.Salah satu dokumen tu ialah borang pemeriksaan kesihatan.HA!Sekurang-kurangnya kita boleh tahu status kesihatan kita sendiri.Kalau tak,entah bila-bila lah nak cek.Dan mungkin kita tak tahu kalau kita tak sihat ke apa kan kan kan?Aku maksudkan diri aku sebenarnya. ^_^'


Last 'selfie' dengan ayah sebelum balik o(〃^▽^〃)o


     Ok sekian sahaja perkongsian pada hari ni,sebab tadi pun dah sebut "serba-sedikit" sahaja.Sesungguhnya banyak lagi yang aku nak cerita ni.Hehe,moga berjumpa lagi di perkongsian yang lain.Bai bai.Assalamualikum. :)


   

     


       

Read my story here ^^

BETUL KE VITERA BERKESAN?

Bermula sebagai Reseller Before Ira start sharing, Ira nak cakap yang Company Vitera ni sumpah telus!   Sebelum Ira join bisnes bersama Vite...